Sunday 28 December 2014

Luahan Hatiku

8:55 Pm 

Aku duduk d hujung katil sambil hati menerokai kawasannya yg entah smpai kemana,hatiku mlm ni rasa sayu dan sedih jek,mungkinkah krna aku bimbangkan kehidupan aku pada thun 2015?mgkin jugak...aku tdk nafikan itu..aku punya hasrat tersendiri,yg kdg kala aku sndri masih tdk fahami..aku msh mencari cari apa yg aku ingini..

Kehidupan

aku tdk mahukan kehidupan yg serba mewah,ckup sekadar alakadr..itu lagi bagus dari hidup mewah tp penuh derita.

Percintaan

Mgkin aku boleh d kategorikan sbgai Prempuan kolot,iyalah aku mengimpikan lelaki yg menyintai seorang prempuan itu slps menikahinya dan menganggap cinta slps bernikah itu lagi bgus,sdgkan bila kwn2 bertanyakan soalan tentang cinta,aku hmpir tersedak,dan bila aku  mula bg jwpan,Ya...kwn2 akan gelakkan aku,seolah olah itu hanya mimpi dan hanya ilusi ku shja."zaman skrg ni dh x wjud lagi llki mcm tu,pcyalah!"itu antara ayat yg kwn2 aku kn ckpkan dan mcm biasa aku tdk cuma bdiam,malah aku akan kata"Ya,mmg wujud llki mcm tu cuma kita blm jmpa lg",itu lah ayat kramat ku yg membuatkan kwn2 lagi rsa tergelak smpai nak pecah perut...

Aku tak nafikan,ada benar jugak kata mreka tu,zaman skrg ni,xkn lah nak wjud llki mcm tu,yg ada skrg ni rupa pras cantik dan menawan maka itu lah jadi buruan,sdgkan yg sderhana itu blm tntu dpt d beri tumpuan...Aku yakin dan pasti,akan ada insan seperti itu,cuma masanya blm tiba lagi...Thn dpn adalah tahun aku menginjak ke usia 28,usiaku smakin matang dan aku masih lagi menanti Putera Hati,siapa kah??sanggupkah menerima sgala kekurangan dan klebihanku?Andai itu takdirku,aku redha bersamanya hingga akhir hayatku,aku akan cuba menjadi setaat khadijah r.a kpd Rasulullah s.a.w,dan cuba menjadi semanja aisyah r.a,..wahai imam ku,tunjukkanlah aku jalan menuju kesyurga bersamamu,ajarilah aku untuk menjadi insan solehah di kala aku d sampingmu,akan ku pelihara diriku dari segala fitnah manusia,dan akan menjaga sebaik mungkin kepercayaanmu kpdku..sesungguhnya engkau adalah kurniaan terbaik dr Allah untuk ku,Amin.

Saturday 27 December 2014

Bila Rindu

SOLAT SUNAT RINDU...


Adat menyayangi, pasti ada merindu... Tapi, apa yang kita lakukan bila merindu insan yang disayangi? Jika kita rindukan ibu, ayah, atau keluarga, pasti kita sudah hubungi mereka... Cara yang sudah menjadi kebiasaan bila rindu... Bila rindu, hubungi... Dah hubungi, cakap lama-lama, tapi masih merindu... Haa... Macam mana tu, saudara dan saudari sekalian... Sampaikan ada yang sanggup tidur dengan telefon, atau mungkin bercakap dengan insan yang dirindui sampai tertidur... Bagaimana jika kita terlalu rindu sehinggakan membuak rasa ingin berjumpa dengan insan yang dirindui itu? Bagaimana pula jika kita rindukan insan tersebut, tapi pada masa yang tidak sesuai? Rindu di kala terjaga di tengah malam, mungkin? Atau kita tinggal berbeza benua dari insan tersebut? Pada saat kita bangun tidur, mereka sudah tidur, pada saat mereka bangun tidur, kita pula sudah tidur? Tapi, kita merindukan mereka... Apa nak buat, pada ketika itu? Atau mungkin kita merindukan seseorang yang tidak halal bagi kita (faham-faham la ye...)? Adakah kita akan hubungi si dia, semata-mata untuk menyatakan rindu? Boleh jadi fitnah tu... Jadi, apa nak buat bila kita rindu di keadaan yang tidak sesuai?

Jawapan yang ingin saya kongsikan, adalah solat sunat... Insya-Allah, selesai isu merindu... Mengapa saya katakan solat sunat mampu mengubat rindu? Satu analogi mudah... Bila kita merindukan seseorang, pastinya timbul rasa ingin bertemu... Nak bertemu berhadapan, melihat mukanya di depan muka kita, tak tercapai kerna jarak memisahkan... Tak kisah jarak fizikal atau jarak syariat... Oleh itu, apa kata kita temukan hati kita dengan hatinya? Di mana hatinya? Pastinya ada pada tuhannya, Allah SWT...

Analogi lagi... Contohnya, kita merindukan buah hati yang tinggal sekampung dengan kita... Lalu, kita ke rumahnya... Ops, lupa nak beritahu yang buah hati kita tu anak Pak Imam (anak Pak Imam kan solehah, nakkan isteri solehah la katakan)... Sampai ke rumah si dia, berjumpa si ayahnya... Lalu berkatalah kita, “Assalamualaikum Pak Cik Haji... Saya datang ni, nak berjumpa Fatimah Az-Zahra...”. Maka bertanyalah si Pak Imam, “Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Apa hajatnya Ali Imran nak jumpa anak dara pak cik ni?”. Selamba kita jawab, “Saya rindu akan Fatimah Az-Zahra, pak cik... Rindu sangat-sangat... Dapat tengok muka dia pun jadilah...”. Pak Imam pun membalas, “Ali Imran ingat Fatimah Az-Zahra tu Tugu Negara, nak tengok-tengok? Ada bagusnya Ali Imran ke pantai, tengok pokok kelapa... Sambil-sambil tu, istighfar... Nak solat Dhuha kat pantai tu pun boleh...”.

Itu adalah contoh respon seorang bapa, pemilik diri anak daranya... Betapa si bapa melindungi kehormatan diri anaknya... Namun, kadang-kadang perisai si bapa bocor jua... Si dara terlepas jua... Maka, dari rindu nak tengok, jadilah rindu nak jalan sama-sama, jadilah rindu nak pegang-pegang, dan jadilah menjadi-jadi...

Oleh itu, sampaikan rindu kita kepada pemilik hatinya... Inilah medium komunikasi hati ke hati... Bila ikhlas dari hati kita, menyentuh hatinya yang jauh nun di sana, itu lebih terkesan berbanding bicara mulut manis bertebu di bibir... Kata rindu yang dilafazkan juga ditapis dengan terperinci oleh Allahu Rabbi, pemilik hatinya...

Selain itu, percayalah bahawa solat sunat sangat berkesan dalam meredakan rindu... Kadang-kadang, pada saat kita bertakbir, degupan kencang jantung kita mampu reda dengan serta-merta... Ajaib kan? Haa... Itulah barakahnya solat sunat tatkala rindu... Selain itu, kita juga mampu ‘membunuh 2 burung dengan 1 batu’ (killing 2 birds with 1 stone)... Kita bersujud kepada Allah, di samping menyampaikan rindu hati kita kepada hati si dia...

Mengapa dikatakan solat sunat sebagai pengubat rindu? Ini kerana hakikat bahawa rindu datang tidak tentu masa... Jika ingin menanti waktu solat fardu, pastinya tidak ternanti... Oleh itu, laksanakanlah solat sunat, kerna solat sunat tidak mengira masa... Contohnya, rindu kita datang pada jam 8 pagi... Apa nak buat? Waktu Subuh dah lama berlalu... Kita boleh laksanakan solat sunat Dhuha... Jika dah kita laksanakan solat sunat Dhuha, kita masih boleh solat sunat yang lain-lain... Satu lagi analogi, contohnya kita mimpikan si dia (rindu sangat, sampai termimpi)... Tersedar dari mimpi, jam 3 pagi, rasa rindu sangat kat dia... Apa nak buat? Isyak, dah lama kita solat... Nak tunggu Subuh, lama lagi... Nak sambung tidur, tak dapat, sebab rindu sangat... Senang je... Bangun, ambil wuduk, solat sunat... Tak kisah nak solat istikharah atau solat hajat, atau mungkin solat apa saja... Insya-Allah, terubat rindu tu... Dah terubat rindu, alang-alang dah bangun tu, qiamulail terus sampai Subuh... Fuhh... Untung betul... Ramai insan lain, rindu, sia-sia... Sebab mereka tak buat apa-apa... Ada juga insan yang rindu, berdosa...Sebab mereka buat maksiat, hanya kerana mereka rindu... Tapi, kita rindu, berpahala...Sebab bila kita rindu, kita qiamulail, beribadat kepada Allah SWT... Untung kan?

Teringat kata-kata Ustaz Don Daniyal, “Kalau nak solat sunat, boleh niat ‘Sahaja aku solat sunat kerana Allah Taala’. Cukup.”... Maksud kata, solat sunat tu boleh dilaksanakan bila-bila masa, dan kalau tak tahu nak solat sunat apa, boleh je niatkan sebagai ‘solat sunat’... Itu sudah memadai... Pendek kata, bila rindu, solat sunat... Insya-Allah, rindu terubat, pahala pun dapat...


Rindu tak memerlukan suara lunak...
Untuk nyanyikan, “Tuhan sampaikan rinduku pada dia, agar dia tahu ku rindukannya” (nada: Ombak Rindu)...
Rindu tak memerlukan kredit telefon berpuluh...
Untuk telefon dia, melepaskan rindu berjam-jam...
Rindu cuma memerlukan usaha sedikit...
Usaha untuk menyamankan badan dengan wuduk...
Usaha untuk bersolat sunat...
Soal luangkan masa,
Luangkan masa menyanyi, mungkin sia-sia...
Luangkan masa menghubungi si dia, mungkin berdosa, mungkin juga sia-sia...
Luangkan masa bersolat sunat, berpahala...

Nota : Rindu di sini tak semestinya rindukan buah hati... Rindu di sini juga teraplikasi pada rindukan keluarga. Rindukan sesiapa sahaja, Insya-Allah solat sunat adalah langkah yang praktikal sebagai meredakan rindu...